.

Saturday, 12 July 2014

Israel takut kena boikot

  •  Benjamin NetanyahuBenjamin Netanyahu
 1 / 1 
TEL AVIV - Dalam keghairahan membedil ratusan roket ke Gaza, Israel dilaporkan ketakutan susulan peningkatan kempen boikot produk-produk keluaran mereka.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menganggap kempen boikot itu adalah masalah terbesar jika ia benar-benar dilaksanakan.

Susulan ancaman beberapa negara termasuk Britain, beliau adakan mesyuarat Kabinet tergempar untuk cari penyelesaian.

“Jika negara di seluruh dunia setuju memboikot produk Israel maka ekonomi negara itu berada dalam bahaya,” petik laporan Jpost.

Februari lalu, ancaman boikot itu disuarakan Menteri Luar Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry ketika menjadi perantaraan rundingan damai Israel dan Palestin.

“AS mengancam untuk memboikot segala produk Israel, jika rundingan damai Israel dengan Palestin ini gagal,” katanya.

Sehari kemudian, Kesatuan Eropah (EU) menyatakan pendirian sama terhadap Israel.

Dilaporkan juga, Menteri Kewangan Israel, Yair Lapid, beberapa kali mengingatkan jika kempen boikot itu menjadi realiti terutama dari EU maka mereka akan terputus hubungan dagang terbesar di negara itu.

“Israel kemungkinan akan mengalami penurunan nilai eksport ke negara EU sehingga AS$5.7 juta (RM18 juta) dan 9,800 penduduknya akan hilang pekerjaan,” menurutnya.

Bagaimanapun, Menteri Strategi Israel, Yuval Steinitz berpendapat, ancaman AS dan EU itu bersifat tidak adil dan serius.

“Israel tidak dapat berunding mengenai ancaman itu jika pistol sudah diarahkan ke kepala kami. Ini sayu ugutan,” katanya dipetik Jpost

Namun, beliau kemudiannya mengeluarkan kenyataan sinis apabila menyatakan kedua-dua negara itu tidak perlu menipu diri sendiri.

“Kita seharusnya tidak menipu diri sendiri. Dunia sedang memerhati AS dalam rundingan damai ini.

"Kita harus akui jika rundingan dengan Palestin gagal, dunia akan percaya bahawa kita yang bertanggung jawab dan akan ada harga yang harus dibayar,” katanya.

Wednesday, 29 January 2014

Enggan seks oral, kanak-kanak ditoreh kemaluan


MUAR - Seorang kanak-kanak menempuh detik hitam bukan hanya dirogol dan diliwat, tetapi menerima 18 jahitan di kemaluan akibat ditoreh dengan senjata tajam apabila enggan melakukan seks oral, oleh lelaki yang menculiknya di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 3 petang itu berlaku ketika murid berusia 10 tahun berkenaan dalam perjalanan ke sekolah agama dengan menaiki basikal bersendirian melalui jalan pintas dari rumahnya.

Mangsa diculik di lorong dalam kebun getah pada jarak kira-kira 150 meter dari rumah penduduk.

Menurut sumber, mangsa didatangi lelaki berusia 37 tahun yang menariknya masuk ke dalam kereta sebelum dilarikan.

“Mangsa dibawa ke tempat pembuangan sampah lalu dirogol dan diliwat dalam kereta tersebut.

“Seorang pekebun ternampak mangsa diculik tetapi tidak sempat menghalang kerana kejadian berlaku dengan pantas,” katanya.

Sumber berkata, pekebun itu mencatat nombor pendaftaran kereta suspek sebelum menghubungi pihak polis.

Katanya, suspek berjaya diberkas kira-kira jam 5 petang kelmarin semasa berhenti di sebuah stesen minyak dipercayai untuk mengisi minyak.

Dalam pada itu, seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata, jalan pintas itu sememangnya sunyi kerana dikelilingi kebun getah.

“Tetapi penduduk tidak ada pilihan lain kerana laluan itu mempercepatkan perjalanan hantar anak ke sekolah serta turut digunakan mangsa setiap hari,” katanya, menurut sumber Sinar Harian. - Foto Sebagai Hiasan

Sunday, 26 January 2014

GST dikenakan jika khawin selepas April 2015!!!!


PETALING JAYA:Golongan belia dinasihati berkahwin segera sebelum April 2015 bagi mengelakkan daripada menanggung kos kenduri perkahwinan yang tinggi apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata peningkatan perbelanjaan kenduri perkahwinan dijangka berlaku disebabkan semua urusniaga membabitkan barangan dan perkhidmatan akan dikenakan GST termasuk kos menyediakan makanan atau katering, menyewa dewan, menyewa khemah dan perkhidmatan jurufoto.

“Jika perniagaan katering itu tidak mendaftarkan syarikatnya untuk mengenakan GST kepada pelanggan, ini akan menyebabkan dia terpaksa menanggung caj yang dikenakan kepadanya oleh pembekal dan tidak boleh buat tuntutan kredit GST daripada kerajaan. Jadi syarikat katering ini akan mendaftar juga,” katanya.

Rafizi yang juga seorang Akauntan bertauliah dan memiliki pengalaman luas dalam hal ehwal percukaian memberitahu demikian dalam taklimat Faham GST, Tolak GST yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, malam tadi.

Katanya, jika perniagaan katering terbabit enggan mendaftarkan syarikat, maka mereka akan bertindak menaikkan harga perkhidmatan bagi menampung caj GST yang dikenakan pembekal terhadap mereka.

Perkara sama turut berlaku bagi perkhidmatan sewa dewan atau khemah, juru solek, penyediaan pakaian, jurufoto atau jurukamera dan persediaan lain.

“Jika katering itu adalah sebuah syarikat berdaftar dengan GST tetapi tidak mengenakan caj GST terhadap pelanggannya, pemilik perniagaan boleh dikenakan hukuman denda atau penjara,” katanya.

Friday, 24 January 2014

Saya mahu tampar awie-Erra

Saya Mahu Tampar Awie   Erra Fazira
Diberi jolokan sebagai ‘Primadona Filem Melayu’, Erra Fazira bukanlah satu nama yang perlu diperkenalkan lagi. Walaupun usianya bakal menginjak ke angka 40 pada Februari depan, bekas ratu cantik itu masih kekal anggun seperti di awal penampilannya dalam industri.
Jangan panik ya. Ketika ditemubual semalam, Erra Fazira hanya mahu ‘menampar’ Awie demi menjayakan konsert teaterikal ‘Suara Kita’ yang bakal menemui peminat di Panggung Sari, Istana budaya bermula pada 3 Mac depan.
Saya Mahu Tampar Awie   Erra Fazira
Erra Fazira bakal berganding dengan Awie dalam konsert teaterikal ‘Suara Kita’
Menurut Erra Fazira, adegan dalam filem ‘Sembilu’ itu merupakan adegan paling signifikan dan dia juga tidak sabar untuk melakonkan babak untuk semula.
“Saya rasa semua orang menantikan babak itu, sebab bila bercakap pasal filem ‘Sembilu’, mereka pasti akan ingat babak masterpiece itu. Jadi babak itu wajib.”
Erra Fazira yang baru-baru ini tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) tidak menafikan bahawa wujud kegusaran di hatinya untuk kembali berlakon bersama bekas kekasihnya itu memandangkan masih-masih sudah berumahtangga.
“Saya tidak pernah membayangkan kembali bergandingan dengan mereka dan satu kegusaran pertama saya ialah untuk menjaga hati semua pihak, tetapi bila dah diyakinkan oleh isteri, keluarga Awie dan pada bahagian saya juga, ianya sudah terlerai.”
Saya Mahu Tampar Awie   Erra Fazira
Erra Fazira, Awie dan Ziana Zain kembali bergabung dalam konsert teaterikal ‘Suara Kita’
Ditanya jika Erra Fazira ada meletakkan syarat dalam lakonannya nanti, dia mengatakan bahawa perkara tersebut adalah tidak perlu kerana wanita jelita itu percaya bahawa masing-masing sedia maklum mengenai batasan mereka. Baginya, syarat yang remeh-temeh hanya akan menyusahkan semua pihak untuk berkarya.
“Kegusaran kedua saya ialah saya kena menjadi penyanyi semula, bergandingan pula dengan suara-suara yang hebat seperti Ziana dan Awie. Saya memerlukan rehearsal yang cukup. Bagaimanapun, saya akan cuba buat yang terbaik.”
Erra Fazira bakal mendendangkan beberapa buah lagu hitsnya seperti ‘Yang Terindah’ dan ‘Pasrah’ dalam konsert tersebut. Mahu tengok gambar-gambar terbaru Erra Fazira? OHBULAN! sediakan galeri khas untuk anda - Ohbulan

Warga emas terlepas dakwaan cabul cucu

Friday, 24 January 2014

Warga Emas Terlepas Tuduhan Cabul Cucu

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang lelaki warga emas daripada tuduhan mencabul kehormatan cucu perempuannya berusia 11 tahun.

Majistret Zulkpli Abdullah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan di luar keraguan munasabah tentang tuduhan yang dikenakan terhadap lelaki berusia 76 tahun itu.

“Setelah menimbang dengan teliti semua bukti yang dikemukakan dalam kes ini, mahkamah berpendapat, berdasarkan imbangan kemungkinan, terdapat keraguan munasabah bahawa tuduhan terhadap tertuduh lahir daripada konspirasi yang dibuat terhadapnya berikutan terdapat perebutan secara undang-undang berhubung penjagaan mangsa, iaitu cucu perempuan tertuduh, yang pada masa berkenaan, dikongsi penjagaannya oleh bapa dan emaknya," kata beliau.

Tertuduh, yang diwakili peguam Noor Azah Azizan, diperintah membela diri pada 14 Jun tahun lepas.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di empat tempat, termasuk di dua hotel dan di dalam sebuah kereta di sini dari jam1 tengah hari hingga 6 petang antara April 2010 dan Oktober 2011.

Timbalan pendakwa raya Nur Hafizah Rajuni berkata pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu. - Bernama

Wednesday, 22 January 2014

Bayi cukup sifat dibuang di Masjid!!!

iNFO : Bayi Perempuan Cukup Sifat dibuang Tepi Lubang Tandas Lelaki Masjid !


Foto

Tag : Bayi Perempuan Cukup Sifat dibuang Tepi Lubang Tandas Lelaki Masjid
Kangar - Jemaah di Masjid Alwi di sini gempar selepas salah seorang daripada mereka menjumpai mayat bayi perempuan cukup sifat dibuang di tepi lubang tandas lelaki di masjid berkenaan kira-kira jam 7 pagi tadi.
Dalam kejadian itu, Harian Metro difahamkan jemaah lelaki berkenaan baru selesai mengerjakan solat subuh berjemaah di situ dan pergi ke tandas berkenaan sebelum ternampak mayat bayi tersebut diletakkan bersebelahan lubang tandas di situ.
Dia kemudian memaklumkannya kepada pihak pengurusan masjid yang selepas itu memeriksa keadaan bayi yang sudah tidak bernyawa ketika ditemui.Mereka kemudian memaklumkannya kepada pihak polis sebelum polis daripada bahagian forensik memeriksa lokasi kejadian termasuk bayi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, bayi masih basah bertali pusat dipercayai baru sahaja diletakkan di situ dan dilahirkan beberapa jam sebelum itu.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit. - Lapor myMetro


Terengganu bakal Bersalji? Betul ke?

Terdapat beberapa sumber yangberkaitan mengatakan bahawa Terengganu bakal dilanda salji
Bersediakah penduduk di Terengganu untuk mengalamiiklim seperti ini.

Adakah sumber yang diberikan ini adalah betul?Info Menarik.com sedang menanti apakah benar berita ini.

Janda Dibakar Hidup-hidup

Kuala Lumpur: “Saya nampak dia menyimbah sesuatu ke arah Saliza dan menyalakan api,” kata Som Dollah, 62, menceritakan nasib anaknya, Saliza Saidin, 29, yang melecur teruk di seluruh badan, dipercayai akibat dibakar bekas teman lelakinya, semalam.
Kejadian berlaku jam 1.30 pagi di rumah dihuni Som dan Saliza bersama tiga anak mangsa berusia satu hingga lima tahun di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, di sini.
Akibat kejadian itu, Saliza yang juga ibu tunggal melecur hampir 85 peratus tubuhnya dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL).
janda
Anak bongsu Saliza, Nur Airis Qalisha berusia satu tahun empat bulan yang tidur bersama wanita itu di dalam bilik juga dirawat di HKL akibat melecur di muka sebelah kanan serta kedua-dua tangan.
Som yang turut melecur di tangan kanan berkata, dia mengenali suspek dan percaya lelaki itu bertindak membakar anaknya kerana berang akibat cinta ditolak – Hmetro Online

Fenomena Yang berlaku di Indonesia!!

Extremely unusual phenomenon shocked residents of northern highlands of Indonesia as just this morning an unexpectedly cold weather woke residence up to find out that their tropical country is now being pounded by the surprise snowfall.
------
All visual content is subject to copyright. Any attempt of unauthorized use of this content (re-uploads) is a clear case of Copyright Infringement . Doing so may result to deletion of the disputed content and in most cases termination of your account.
Visual Content:
------
Audio Content
Audio Owned and Managed by: Ithaca Audio Ltd and is licensed under a CCA 3.0 Unported License. 

Lelaki ludah muka isteri

Kuala Lumpur: Angkara enggan memberikan barangan kemas miliknya, seorang wanita bukan sahaja dibelasah dengan tongkat malah turut diludah di muka oleh suaminya dalam kejadian di kediaman mereka di Jalan Klang Lama, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah malam itu, suami mangsa yang berusia 40 tahun pulang ke rumah sebelum meminta isterinya yang berusia 42 tahun menyerahkan semula barangan kemas yang baru dibeli mereka sebulan lalu.
Menurut sumber, mangsa enggan memberikan barangan kemas itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka selama beberapa minit.
“Pertengkaran terbabit kemudian bertukar ganas apabila suami mangsa yang gagal mengawal kemarahan bertindak menampar pipi sebelum menolak kepala isterinya itu.

“Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut mengambil tongkat dan memukul mangsa sehingga terjatuh sebelum memaksanya menyerahkan barangan kemas berkenaan,” katanya - Hmetro Online

Info Kes Pembunuhan Kanak-kanak Di Paka

Selamat petang YDH Dato/Tuan Paka:-142/14 Pengadu: Nama:Mohd Faizal Bin Abdullah Umur:30 tahun Pekerjaan: Pengawal keselamatan Alt: 03/124 Felda Kerteh 05, Ketengah Jaya, Dungun. Klasifikasi kes:Sek 302KK I.O kes: Insp G17944 Roslina bt Salleh Tempat kejadian:- Lot 8428 Taman Permint Sri Paka, Fasa 2, Paka, Dungun, Terengganu. Simati:- Nursyafiqah Adawiyyah Binti Abdullah Umur:- 2 tahun Jantina: Perempuan Fakta kes: Pada 21/1/14 jam 1520hrs semasa pengadu membuat rondaan di kawasan perumahan Taman Permint, Sri Paka, Fasa 2, Dungun telah tercium bau busuk. Pemeriksaan dalam bilik air rumah dapati ada 1 mayat kanak-kanak dalam keadaan terlentang. Pengadu kemudian telah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya. Hasil siasatan awal: Hasil siasatan awal dapati simati adalah seorang kanak-kanak perempuan yang mana sebelum ini pernah hilang berkait Paka Repot:119/14, KEP:01/14. Dalam kejadian tersebut ibu kepada simati telah membuat laporan pada 18/01/14 mengatakan pada 17/01/14 jam 1930hrs anaknya telah hilang semasa beliau tinggalkan anaknya di dalam kereta untuk berjumpa dengan kawannya di hadapan Restoran Ikan Bakar, Kuala Paka, Paka. Dalam kejadian ini bapa saudara kepada simati telah mengesahkan bahawa simati adalah anak saudaranya dan juga berdasarkan baju gaun yang dipakai simati semasa dijumpai. Hasil siasatan pasukan forensik ditempat kejadian -Tempat kejadian merupakan rumah banglo corner lot yang mempunyai 5 bilik dan 2 bilik air. -Rumah tersebut tidak berpenghuni dan masih dalam proses penyerahan kunci kepada pemilik. - Simati berada dalam keadaan terlentang dimana kedua-dua kaki berada dalam keadaan terkangkang. - Simati memakai baju gaun warna biru dan keadaan baju terselak menutup muka serta menampakkan kemaluan. - Simati tiada memakai seluar dalam mahupun pampers. - Pemeriksaan fizikal mangsa dapati tiada sebarang kecederaan cuma kemaluan dapati dipenuhi dengan darah. - Antara exhibit yang diperolehi ditempat kejadian adalah spt berikut:- 1. Swab darah atas lantai dalam bilik air. 2. Keratan wayar warna putih 3. Swab peluh pada pemegang pintu dapur 4. 3 swab peluh pada pemegang tingkap ruang tamu 5. Serpihan kayu pintu dapur yang diumpil 6.3 cap jari Simati telah dihantar ke hospital Kuala Terengganu untuk tujuan post mortem yang akan dijalankan pada 22/1/14 jam 0900hrs. Perkembangan lanjut akan dimaklumkan. Terima kasih YDH Dato/Tuan

Semakan Keputusan BR1M

Semakan keputusan BR1M 3.0 secara online 2014 dan status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Menerusi makluman rasmi Bahagian Bilik Operasi BRIM, semakan keputusan kelayakan BR1M 3.0 boleh diketahui mulai awal bulan Februari 2014. Pembayaran BR1M akan dibuat menerusi akaun bank pemohon. Berikut adalah cara semak Keputusan BR1M 3.0 Online 2014. Borang Permohonan BR1M 3.0 Semakan Keputusan BR1M 3.0 Online 2014 Talian Hotline BR1M 3.0 Status kelayakan BR1M 2014 hanya boleh disemak dengan menghubungi talian BR1M : 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang, ISNIN HINGGA JUMAAT Mulai FEBRUARI 2014. Emel BR1M 3.0 Status kelayakan BR1M 3.0 juga boleh disemak menerusi emel kebr1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my Mulai FEBRUARI 2014. Sila nyatakan Nama penuh dan Nombor Kad Pengenalan anda dalam pertanyaan ke alamat emel tersebut. Nota: Setiap pertanyaan menerusi emel akan dibalas dalam masa 2-3 hari bekerja. Cara Pembayaran BR1M 3.0 Online 2014 Maklumat akaun bank diperlukan dalam permohonan BR1M 2014 kerana pembayaran akan dimasukkan ke dalam akaun. Pemohon dinasihatkan supaya membuka akaun simpanan atas nama pemohon (jika belum mempunyai akaun simpanan) di mana-mana cawangan bank tempatan (BSN/Maybank/CIMB/PBB dan sebagainya). Akaun Tabung Haji dan ASB tidak dibenarkan.